Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Blog ini adalah catatan dan persediaan yang dibuat dalam mengharungi liku-liku selama 4 tahun untuk menggapai segulung ijazah : ISMP KIMIA
Sunday, November 23, 2014
Thursday, November 13, 2014
SAHABAT,, Awak kat mane??
Kadang2,bila kita tahu kawan kita sakit, kita jugak akan sakit..Kalau tahu dia sedih,kita akan rasa sedih dia ..Kalau dia menangis,kalau boleh nk ada sekali dgn dia..sebab apa??Sebab kita kenal dia,sebab dia kawan kita..kawan bukan waktu senang je,waktu sedih,waktu susah pon title kawan,sahabat,teman tu tetap ada...
Nur Addini Agus, inilah sahabat yang menjadi tempat untuk ku mengadu, berkongsi suka dan duka, sentiasa ada memberi sokongan walaupun kami jauh dimata. Sahabat ini yang ku sayang, Semoga persahabatan kita hingga ke syurga dan persahabatan FILLAH ini menjadi saksi yang membantu kita untuk memasuki syurga di akhirat kelak.
Monday, November 10, 2014
Jadual Berkala
Di mana ada Kimia, pasti ada periodic table....untuk membaca jadual berkala adalah dengan bacaan melintang menunjukkan kala, manakala bacaan menegak menunjukkan kumpulan seperti contoh, Cl adalah kala 3 kumpulan 7.
KUMPULAN 1 LOGAM ALKALILogam alkali merupakan siri kimia. Ia merupakan unsur-unsur logam dalam Kumpulan 1 Jadual berkala, iaitu: litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium. Unsur-unsur ini amat reaktif dan jarang dijumpai dalam bentuk unsur. Unsur-unsur ini biasanya berwarna keperakan, lembut, mempunyai ketumpatan rendah.
KUMPULAN 2 LOGAM ALKALI BUMILogam alkali bumi ialah unsur dalam Kumpulan 2 Jadual berkala yang mempunyai 2 elekton valens. Bersifat logam. Unsur-unsur tersebut ialah Berilium, Magnesium, Kalsium, Strontium, Barium dan Radium.
KUMPULAN 3-12 LOGAM PERALIHANKumpulan unsur 3 juga dipanggil kumpulan skandium merupakan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-3 jadual berkala unsur.Memandangkan IUPAC tidak mencadangkan format spesifik untuk jadual berkala, oleh sebab itu, beberapa variasi bagi jadual berkala adalah dibenarkan dan selalu digunakan untuk kumpulan 3.
KUMPULAN 17 HALOGENHalogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala:Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektrovalens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.
KUMPULAN 18 GAS NADIRGas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.
Jadual berkala amat penting dalam menentukan ciri-ciri serta sifat-sifat fizikal dan kimia sesuatu elemen kimia.
Subscribe to:
Posts (Atom)