Bantu orang lain faham apa yang kita pakar. Bukan saling
menjatuhkan. Saling melengkapi dengan bidang masing-masing. Kejayaan yang
dikecapi akan lebih manis...
SKOR "A" KIMIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Blog ini adalah catatan dan persediaan yang dibuat dalam mengharungi liku-liku selama 4 tahun untuk menggapai segulung ijazah : ISMP KIMIA
Saturday, December 20, 2014
Friday, December 19, 2014
Proses Sentuh (Contact Process)
Proses Penyediaan
1.Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
S + O2 --------------> SO2
2.Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida.
2SO2 + O2 --------------> 2SO3
Suhu : 400C - 450C
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) Oksida V2O5
3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
H2SO4 + SO3 --------> H2S2O7
4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
H2S2O7 + H2O ----------> 2H2SO4
* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
1.Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
S + O2 --------------> SO2
2.Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida.
2SO2 + O2 --------------> 2SO3
Suhu : 400C - 450C
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) Oksida V2O5
3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
H2SO4 + SO3 --------> H2S2O7
4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
H2S2O7 + H2O ----------> 2H2SO4
* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
Thursday, December 18, 2014
Perkembangan Model Atom
Berikut merupakan saintis yang menyumbang kepada perkembangan model atom.
John Dalton
J.J. Thomson
Ernest Rutherford
Neils Bohr
James Chadwick
John Dalton
- John Dalton Mengemukakan Model Atom Pertama
- Semua jirim terdiri daripada atom. Atom merupakan zarah yang paling kecil, yang tidak boleh dibahagi lagi.
- Atom tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
- Atom‑atom bagi sesuatu unsur tertentu adalah sama, tetapi berbeza daripada atom-atom unsur lain.
- Atom-atom berpadu antara satu sama lain mengikut nisbah nombor bulat yang terkecil.
J.J. Thomson
- J.J. Thompson Menemui Elektron
- Jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom hidrogen.
- Elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
Ernest Rutherford
- Ernest Rutherford Menemui Proton
- hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif, Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
- nukleus mengandungi proton sahaja.
- bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom.
- kebanyakan bahagian dalam atom merupakan ruang kosong.
- Electron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
- Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukakan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar.
Neils Bohr
- Mendapati Elektron Bergerak dalam Petala
- Electron-elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam petala-petala tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
- Setiap orbit bergerak tetap dari nukleus dan berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap.
James Chadwick
- James Chadwick Menemui Neutron
- Menjumpai suatu zarah kecil yang lain dalam nukleus selain proton.
- Jisim zarah ini hampir sama dengan proton, tetapi zarah ini adalah neutral (tidak bercas).
- Beliau menamakan zarah ini neutron.
- Beliau mendapati bahawa semua nukleus mengandungi neutron dan proton kecuali nukleus hidrogen yang mempunyai proton sahaja.
Sunday, November 23, 2014
Thursday, November 13, 2014
SAHABAT,, Awak kat mane??
Kadang2,bila kita tahu kawan kita sakit, kita jugak akan sakit..Kalau tahu dia sedih,kita akan rasa sedih dia ..Kalau dia menangis,kalau boleh nk ada sekali dgn dia..sebab apa??Sebab kita kenal dia,sebab dia kawan kita..kawan bukan waktu senang je,waktu sedih,waktu susah pon title kawan,sahabat,teman tu tetap ada...
Nur Addini Agus, inilah sahabat yang menjadi tempat untuk ku mengadu, berkongsi suka dan duka, sentiasa ada memberi sokongan walaupun kami jauh dimata. Sahabat ini yang ku sayang, Semoga persahabatan kita hingga ke syurga dan persahabatan FILLAH ini menjadi saksi yang membantu kita untuk memasuki syurga di akhirat kelak.
Monday, November 10, 2014
Jadual Berkala
Di mana ada Kimia, pasti ada periodic table....untuk membaca jadual berkala adalah dengan bacaan melintang menunjukkan kala, manakala bacaan menegak menunjukkan kumpulan seperti contoh, Cl adalah kala 3 kumpulan 7.
KUMPULAN 1 LOGAM ALKALILogam alkali merupakan siri kimia. Ia merupakan unsur-unsur logam dalam Kumpulan 1 Jadual berkala, iaitu: litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium. Unsur-unsur ini amat reaktif dan jarang dijumpai dalam bentuk unsur. Unsur-unsur ini biasanya berwarna keperakan, lembut, mempunyai ketumpatan rendah.
KUMPULAN 2 LOGAM ALKALI BUMILogam alkali bumi ialah unsur dalam Kumpulan 2 Jadual berkala yang mempunyai 2 elekton valens. Bersifat logam. Unsur-unsur tersebut ialah Berilium, Magnesium, Kalsium, Strontium, Barium dan Radium.
KUMPULAN 3-12 LOGAM PERALIHANKumpulan unsur 3 juga dipanggil kumpulan skandium merupakan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-3 jadual berkala unsur.Memandangkan IUPAC tidak mencadangkan format spesifik untuk jadual berkala, oleh sebab itu, beberapa variasi bagi jadual berkala adalah dibenarkan dan selalu digunakan untuk kumpulan 3.
KUMPULAN 17 HALOGENHalogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala:Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektrovalens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.
KUMPULAN 18 GAS NADIRGas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.
Jadual berkala amat penting dalam menentukan ciri-ciri serta sifat-sifat fizikal dan kimia sesuatu elemen kimia.
Monday, October 13, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)