Friday, December 19, 2014

Proses Sentuh (Contact Process)

Proses Penyediaan


1.Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
         S + O2 --------------> SO2

2.Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida.
        2SO2 + O2 --------------> 2SO3

Suhu : 400C - 450C
Tekanan : 1 atmosfera
Mangkin : Vanadium(V) Oksida V2O5

3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
         H2SO4 + SO3 --------> H2S2O7


4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
        H2S2O7 + H2O ----------> 2H2SO4



* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).

* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.

No comments:

Post a Comment