Monday, November 10, 2014

Jadual Berkala

Di mana ada Kimia, pasti ada periodic table....untuk membaca jadual berkala adalah dengan bacaan melintang menunjukkan kala, manakala bacaan menegak menunjukkan kumpulan seperti contoh, Cl adalah kala 3 kumpulan 7.
KUMPULAN 1 LOGAM ALKALI
Logam alkali merupakan siri kimia. Ia merupakan unsur-unsur logam dalam Kumpulan 1 Jadual berkala, iaitu: litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium. Unsur-unsur ini amat reaktif dan jarang dijumpai dalam bentuk unsur. Unsur-unsur ini biasanya berwarna keperakan, lembut, mempunyai ketumpatan rendah.
KUMPULAN 2 LOGAM ALKALI BUMI
Logam alkali bumi ialah unsur dalam Kumpulan 2 Jadual berkala yang mempunyai 2 elekton valens. Bersifat logam. Unsur-unsur tersebut ialah Berilium, Magnesium, Kalsium, Strontium, Barium dan Radium.
KUMPULAN 3-12 LOGAM PERALIHAN
Kumpulan unsur 3 juga dipanggil kumpulan skandium merupakan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-3 jadual berkala unsur.Memandangkan IUPAC tidak mencadangkan format spesifik untuk jadual berkala, oleh sebab itu, beberapa variasi bagi jadual berkala adalah dibenarkan dan selalu digunakan untuk kumpulan 3.
KUMPULAN 17 HALOGEN
Halogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala:Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektrovalens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.
KUMPULAN 18 GAS NADIR
Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas nadir banyak digunakan dalam sektor perindustrian.

Jadual berkala amat penting dalam menentukan ciri-ciri serta sifat-sifat fizikal dan kimia sesuatu elemen kimia.

No comments:

Post a Comment