Thursday, December 18, 2014

Perkembangan Model Atom

Berikut merupakan saintis yang menyumbang kepada perkembangan model atom.

John Dalton

  • John Dalton Mengemukakan Model Atom Pertama
  • Semua jirim terdiri daripada atom. Atom merupakan zarah yang paling kecil, yang tidak boleh dibahagi lagi.
  • Atom tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
  • Atom‑atom bagi sesuatu unsur tertentu adalah sama, tetapi berbeza daripada atom-atom unsur lain.
  • Atom-atom berpadu antara satu sama lain mengikut nisbah nombor bulat yang terkecil.


J.J. Thomson

  • J.J. Thompson Menemui Elektron
  • Jisim elektron adalah kira-kira 2000 kali lebih ringan daripada atom hidrogen.
  • Elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang merupakan satu sfera yang bercas positif, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah


Ernest Rutherford

  • Ernest Rutherford Menemui Proton
  • hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif, Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
  • nukleus mengandungi proton sahaja.
  • bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom.
  • kebanyakan bahagian dalam atom merupakan ruang kosong.
  • Electron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
  • Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukakan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar.


Neils Bohr

  • Mendapati Elektron Bergerak dalam Petala
  • Electron-elektron bergerak mengelilingi nukleus dalam petala-petala tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.
  • Setiap orbit bergerak tetap dari nukleus dan berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap.


James Chadwick

  • James Chadwick Menemui Neutron
  • Menjumpai suatu zarah kecil yang lain dalam nukleus selain proton.
  • Jisim zarah ini hampir sama dengan proton, tetapi zarah ini adalah neutral (tidak bercas).
  • Beliau menamakan zarah ini neutron.
  • Beliau mendapati bahawa semua nukleus mengandungi neutron dan proton kecuali nukleus hidrogen yang mempunyai proton sahaja.

No comments:

Post a Comment